Tentang Kami
Iman Care ialah satu pertubuhan bukan kerajaan yang sentiasa turun padang, membawa bantuan dan harapan untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak dan keluarga.
Pelbagai program dan aktiviti yang kami jalankan berkisarkan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara khusus untuk komuniti Muslim.
Kami mengalu-alukan bantuan dan sokongan anda supaya kami dapat memastikan sokongan moral dan kemanusiaan sampai kepada orang ramai, dan meringankan beban mereka yang memerlukan.
- Menyampaikan sumbangan Al-Quran kepada masjid, sekolah agama di dalam dan luar negara khususnya kepada masyarakat Islam yang memerlukannya
- Merancang dan menganjurkan program yang lebih baik untuk masyarakat dari segi Pendidikan, Ekonomi, Kesihatan dan Keselamatan
- Mengumpul dan menyalurkan bantuan kecemasan dan dana kemanusiaan untuk pelarian Syria dan pelarian Palestin
- Menjaga kebajikan dan hak asasi manusia masyarakat tempatan di dalam negara
Senarai Kempen
Wakaf Pembangunan
Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.

Wakaf Quran
Jom sertai misi Wakaf Quran yang diagihkan kepada pelajar Tahfiz di Malaysia & 5 negara Islam.
