[give_goal id=”172462″]

[Wakaf] Amalan yang dijamin tiada rugi & pahala kekal mengalir.

Alhamdulillah 15,000 naskhah berjaya dicapai. Jom sama-sama kita cukupkan baki Quran agar misi wakaf Quran Sabah dapat dilaksanakan.

“Sedekah tidak mengurangi harta,
malah ia menjemput rezeki yang lebih banyak, baik & diberkati.” 


UPDATE TERBARU

Berikut merupakan agihan Quran yang berjaya dikumpul pada Julai 2022:

1. 10,000 naskhah Quran sudah diedarkan ke sekolah-sekolah dalam daerah Dungun dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Dungun.

2. Pada 10 Ogos, 5 000 naskah Quran diagihkan ke Indonesia (fasa 1).


PROJEK WAKAF QURAN SEMASA

Kesinambungan daripada agihan wakaf Quran di atas, kami berhajat untuk melaksanakan projek terkini iaitu Misi Wakaf Quran Sabah. 

Di mana sebanyak 35,000 naskhah diperlukan. 

Kami bekerjasama dengan JAKIM Sabah sebagai tanda sokongan terhadap program dakwah yang dilaksanakan dalam kalangan penduduk Sabah.

Quran yang anda wakafkan akan dihantar menggunakan Kapal TLDM KD Mahawangsa pada September 2022 ini. 


Pengiktirafan Wakaf Quran Iman Care

BUKTI EDARAN QURAN SEBELUM INI


PROSES EDARAN WAKAF QURAN

1.  DAFTAR:

Anda berniat wakaf atas nama diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang masih hidup atau sudah tiada kepada kami sebagai pihak Urusetia Program.

2. BAYAR:

Wang yang diberi digunakan oleh Iman Care untuk mencetak Quran baru (yang bertujuan untuk wakaf saja, bukan untuk dijual beli).

3. AGIH:

Kami sebagai wakil pewakaf (anda) akan segera agihkan Wakaf Quran tersebut kepada penerima wakaf.

AYUH, REBUT GANJARAN WAKAF SEKARANG.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

Kita boleh berwakaf atas nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga tidak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

Ayuh bersama kami cukupkan sasaran wakaf Quran dengan cara memilih pakej wakaf di bawah. 


CARA UNTUK BERWAKAF

Berikut merupakan pakej Wakaf Quran & sila isi butiran yang diperlukan. 

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.