[give_goal id=”172462″]

[Waktu kian hampir] Wakaf Quran ini akan dihantar ke Sabah Melalui Kapal TLDM KD Mahawangsa Pada September nanti. 

Ayuh, laksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Islam kepada ummah. 

  

ERTI MERDEKA ITU LUAS

Merdeka itu bukan sekadar bebas dari penjajahan fizikal dan kuasa, tetapi juga bebas dari sudut fikiran dan jiwa mengikut ajaran yang benar. 

Dan begitu luar biasa ajaran Islam yang datang untuk memerdekakan manusia daripada segala belenggu kepada kebebasan yang sebenar.

Kerana itu, kami ingin mengajak anda membantu dalam memerdekakan fikiran & jiwa manusia melalui Misi Wakaf Quran Sabah


LAST CALL MISI WAKAF QURAN

Saat ini, Iman Care sedang bekerjasama dengan JAKIM Sabah sebagai tanda sokongan terhadap program dakwah kepada penduduk Sabah. 

Ini merupakan kali ke-4, kerjasama ini dibuat. 

Tanpa kerjasama daripada para pewakaf, sungguh program ini takkan berjaya. 

Maka, kita sasarkan sebanyak 30,000 naskhah lagi diperlukan bagi memenuhi permintaan Quran yang semakin tinggi dalam kalangan saudara Islam kita. 

Insya Allah, Quran yang diwakafkan akan dihantar menggunakan Kapal TLDM KD Mahawangsa pada September 2022 ini. 

Dan kami sekarang kesuntukan masa…


PENGIKTIRAFAN WAKAF QURAN IMAN CARE


AGIHAN QURAN JULAI 2022

Berikut merupakan agihan Quran yang berjaya dikumpul pada Julai 2022:

1. 10,000 naskhah Quran sudah diedarkan ke sekolah-sekolah dalam daerah Dungun dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Dungun.

2. Pada 10 Ogos, 5 000 naskah Quran diagihkan ke Indonesia (fasa 1).


BUKTI EDARAN QURAN SEBELUM INI 

Edaran dibuat ke 5 buah negara iaitu:

+ Malaysia
+ Indonesia
+ Kemboja
+ Thailand
+ Sudan


LAPORAN WAKAF QURAN TAHUNAN


BAGAIMANA NAK BERWAKAF?

1. DAFTAR: Anda berniat wakaf atas nama diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang masih hidup atau sudah tiada kepada kami sebagai pihak Urusetia Program.

2. BAYAR: Wang yang diberi digunakan oleh Iman Care untuk mencetak Quran baru (yang bertujuan untuk wakaf saja, bukan untuk dijual beli).

3. AGIH: Kami sebagai wakil pewakaf (anda) akan segera agihkan Wakaf Quran tersebut kepada penerima wakaf.


JOM DAFTAR WAKAF SEKARANG!

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayt 265:

“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, 

adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. 

Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan.”

Wakaf boleh dibuat atas nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga tidak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

Ayuh bersama kami cukupkan sasaran wakaf Quran dengan pilih pakej wakaf di bawah. 


CARA UNTUK BERWAKAF

Berikut merupakan pakej Wakaf Quran & sila isi butiran yang diperlukan. 

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.