Terima kasih kerana berminat dengan Korban. Namun, pendaftaran Korban sudah ditutup.

Anda boleh daftar Wakaf Quran sebagai tanda ‘pengorbanan’ sepanjang bulan Zulhijjah ini.

[give_goal id=”221596″]

Sempena Zulhijjah, mari kita ‘korban’kan sedikit harta demi Wakaf Quran Untukmu Ummah.

Insya Allah, inilah amalan mudah yang menjanjikan imbuhan pahala berterusan masuk ke dalam akaun akhirat kita.

ERTI PENGORBANAN

Pengorbanan tidak terhad kepada ibadah korban saja. Masa, tenaga dan wang ringgit yang kita keluarkan untuk matlamat yang lebih besar, juga boleh dikatakan sebagai pengorbanan.

Jika kita tidak dapat berkorban besar, insya Allah masih ada peluang untuk kita berkorban dengan wang ringgit yang kecil melalui amalan wakaf.

AMALAN DIJAMIN TIDAK RUGI

Itulah dia amalan wakaf. Bayangkan kita berwakaf sekali saja, begitu besar ganjaran yang kita peroleh. Apatah lagi jika kita berwakaf berkali-kali. 

Di mana wakaf itu bermanfaat buat ummah. Bukan saja diri kita, orang yang kita niatkan untuk wakaf dan penerima juga terima kebaikannya.


Ibadah wakaf ini juga boleh dibuat untuk:

  • Diri sendiri, pasangan dan ahli keluarga​
  • Ibu bapa yang masih hidup atau sudah tiada​
  • Ikhtiar sembuhkan penyakit​
  • Ikhtiar mendapatkan zuriat​
  • Ikhtiar menjemput rezeki
  • Dan lain-lain niat dan ikhtiar​

MISI WAKAF QURAN IMAN CARE 2022

Maka, Iman Care ingin mengajak Tuan Puan supaya tidak terlepas dalam melakukan ibadah wakaf Quran ini. 

Kami mensasarkan sebanyak 20,000 naskhah wakaf Quran berjaya dicapai setiap bulan di mana ia diagihkan kepada:

  • Pelajar-pelajar Tahfiz
  • Golongan asnaf
  • Mangsa bencana
  • Mualaf di kawasan pendalaman
  • Masjid, Surau
  • Sekolah, Madrasah
  • Institusi atau organisasi

Malah, bukan saja di dalam Malaysia, wakaf Quran ini turut disalurkan ke luar negara seperti:


Pengiktirafan Wakaf Quran Iman Care

BUKTI EDARAN QURAN SEBELUM INI


BAGAIMANA PROSES WAKAF QURAN BERJALAN?

Boleh tonton video di bawah. 

Proses Edaran Wakaf Quran

1.  DAFTAR:

Anda berniat wakaf atas nama diri sendiri, pasangan, anak-anak, ibu bapa, ahli keluarga yang masih hidup atau sudah tiada kepada kami sebagai pihak Urusetia Program.

2. BAYAR:

Wang yang diberi digunakan oleh Iman Care untuk mencetak Quran baru (yang bertujuan untuk wakaf saja, bukan untuk dijual beli).

3. AGIH:

Kami sebagai wakil pewakaf (anda) akan segera agihkan Wakaf Quran tersebut kepada penerima wakaf.

AYUH, REBUT GANJARAN WAKAF SEKARANG.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

Kita boleh berwakaf atas nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga tidak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

Mari bersama kami cukupkan sasaran wakaf Quran. Hanya RM30 saja daftar untuk satu nama, satu wakaf Quran.


CARA UNTUK BERWAKAF

Anda boleh pilih pakej wakaf Quran di bawah & isi butiran yang diperlukan. 

  • Pakej Firdausi 10 Quran= RM300
  • Pakej Rahmah 7 Quran = RM210
  • Pakej Mawaddah 4 Quran = RM120
  • Pakej Jannah 2 Quran = RM60
  • Pakej Darussalam 1 Quran = RM30

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.