[give_goal id=”227375″]
“Sudikah Tuan Puan Bantu Percepatkan Proses Pembinaan Madrasah Ustaz Mad Dengan Berwakaf 1 Lot RM 200 Hari Ini?”
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ مِثْلَهُ
“Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah SWT, maka Allah SWT akan membangunkan untuknya rumah seperti itu di syurga.” (HR. Bukhari no. 450)
RECAP FASA 1: Alhamdulillah, dana sebanyak RM1.7 Juta telah berjaya dikumpulkan bagi pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa, Hulu Terengganu.
Hasil kutipan dana ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan:
- 5 Buah Kelas Pengajian
- Pejabat Pengurusan
- Bilik Mesyuarat
- Dewan Kuliah
- Surau
- Asrama Pelajar Tahfiz
Ianya sekaligus dapat memudahkan urusan pelajar tahfiz dan pihak operasi madrasah untuk mendapatkan kemudahan prasarana secara percuma.
Namun begitu, projek pembinaan ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih perlukan sumbangan orang ramai agar lebih banyak prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.
FASA 2 BERMULA: Demi memastikan kelangsungan perancangan pembinaan madrasah ini, kini projek Fasa 2 telah dilancarkan.
Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.
Untuk makluman tuan/puan, kebanyakan warga emas yang bakal mendiami pondok ini adalah daripada penduduk kawasan sekitar madrasah.
Di sini, mereka dapat belajar pengajian agama dan kitab seperti Aqidah, Feqah, Tasawwuf, Al-Quran dll.
Tambahan, pembinaan kompleks masjid ini juga akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:
- Bilik Kuliah
- Bilik Hafazan
- Dewan Seminar
- Perpustakaan
- Pusat Bahasa
Kerja Pembinaan Kompleks Masjid
Kerja Pembinaan Kompleks Warga Emas
Bayangkan, bila madrasah ini sudah mula beroperasi.
Setiap kali anak-anak tahfiz & warga emas ini mengaji, menghafal Al Quran dan Hadis, buat aktiviti ibadah di bangunan ini.
Semua pahala mereka asbab dana wakaf ini, anda juga akan dapat secara berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:
- Pembinaan Pondok Warga Emas
- Pembinaan Kompleks Masjid
- Lain-lain Kos Operasi
MISI BINA RUMAH DI SYURGA
Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah:
*Sijil penyertaan disediakan buat yang berwakaf dan akan dipos secara terus ke alamat rumah yang diberikan. Sila isi butiran pewakaf beserta alamat pada link yang akan diberikan setelah pembayaran selesai.
Usah bertangguh untuk berbuat kebaikan hari ini. Mudah-mudahan segala amal kebaikan yang kita lakukan buat diri sendiri mahupun ibu bapa akan mendapat keberkatan dan dikurniakan rumah di syurga, amin.
1 SHARE = 1 PAHALA
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)
Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.