Wakaf Bagi Fasa 2 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa

“Sudikah Tuan Puan Bantu Percepatkan Proses Pembinaan Madrasah Ustaz Mad Dengan Berwakaf 1 Lot RM 200 Hari Ini?”

RAKAN KERJASAMA


مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ مِثْلَهُ

Barangsiapa yang membangunkan masjid kerana Allah SWT, maka Allah SWT akan membangunkan untuknya rumah seperti itu di syurga.
(HR. Bukhari no. 450)


RECAP FASA 1: Berkat dari bantuan para derwaman, pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa telah siap dengan perbelanjaan sebanyak RM 1.7 Juta.

Berikut Adalah Projek Fasa 1:

  • 5 Buah Kelas Pengajian
  • Pejabat Pengurusan
  • Bilik Mesyuarat
  • Dewan Kuliah
  • Surau
  • Asrama Pelajar Tahfiz

Projek pembinaan masih belum sempurna dan masih memerlukan sumbangan dari para dermawan, agar prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.


FASA 2 BERMULA: Fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.

Pembinaan kompleks masjid ini akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:

Bilik Kuliah

Perpustakaan

Dewan Seminar

Pusat Bahasa

Kerja Terkini Pembinaan Kompleks Masjid

Kerja Terkini Pembinaan Kompleks Warga Emas


KAMI MASIH PERLUKAN BANTUAN ANDA!

Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:

  • Pembinaan Pondok Warga Emas
  • Pembinaan Kompleks Masjid
  • Lain-lain Kos Operasi

*Sijil penyertaan disediakan buat pewakaf dan akan dipos secara terus ke alamat rumah. Sila isi butiran pewakaf setelah pembayaran selesai.

Usah bertangguh untuk berbuat kebaikan hari ini. Sumbangan yang anda hulurkan pastinya akan memudahkan urusan para pelajar untuk meneruskan pengajian agama mereka.

Mudah-mudahan segala amal kebaikan yang kita lakukan buat diri sendiri mahupun ibu bapa akan mendapat keberkatan dan dikurniakan rumah di syurga, amin.

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.