SETIAP HURUF YANG DIBACA, BERTAMBAH-TAMBAH SAHAM PAHALA
(Gantikan Quran lusuh pelajar tahfiz kepada Quran yang baharu)
Platform Wakaf berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat wakaf dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama Imancare.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.
Soalan Lazim
PENGIKTIRAFAN WAKAF QURAN IMAN CARE
“Kami baca Quran setiap hari…” – Pelajar Tahfiz
Inilah rutin pelajar tahfiz di madrasah.
Mereka sangat-sangat dekat dengan al-Quran.
Mulut mereka tak pernah lekang dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Mata mereka tak pernah bosan melihat tulisan suci Al-Quran.
Tangan mereka pula, tak pernah beralih memegang buku lain selain naskhah Al-Quran.
Tuan puan bayangkan jika:
Quran yang mereka baca,
Quran yang mereka lihat,
Quran yang mereka pegang,
adalah…
Quran yang tuan puan wakafkan.
InsyaAllah, pahala akan mengalir selagi mana Quran yang tuan puan wakafkan itu dibaca hingga ke akhirnya.
“Tapi betul ke tahfiz-tahfiz ini masih perlukan Quran?”
Tuan puan, pada awalnya kami juga tidak percaya dengan wujudnya tahfiz yang kekurangan Al-Quran.
Namun, selepas kami pergi sendiri ke maahad tahfiz, pesantren dan sekolah di kawasan pedalaman yang memohon bantuan daripada Iman Care, sememangnya mereka kekurangan Al-Quran dan amat memerlukan naskhah Al-Quran.
Antara sebab mereka kekurangan Quran:
✅ Quran sedia ada sudah lusuh & koyak
✅ Pelajar semakin ramai, tak cukup untuk semuanya
✅ Kekurangan dana untuk membeli Quran baharu
Kami jamin, Al-Quran yang tuan puan wakafkan akan diagihkan kepada insan yang betul-betul memerlukan.
Ini Antara Bukti Quran Yang Telah Diagihkan Sebelum Ini
LAPORAN WAKAF QURAN TAHUNAN & NASKHAH TERKUMPUL 2023
“Alhamdulillah pada tahun 2022, kita telah berjaya mengagihkan sebanyak 104,230 naskhah Al-Quran. Moga Allah membalasnya” – Ustaz Nasrun (Pengasas Iman Care)
Misi Wakaf Quran:
50,000 NASKHAH BUAT PELAJAR TAHFIZ
Al-Quran ini kita akan agihkan kepada:
Ayuh tuan puan, kita bahagiakan pelajar tahfiz, anak-anak muda kita yang gigih belajar agama.
Kita hadiahkan mereka Quran baharu!
CADANGAN PAKEJ KHAS UNTUK TUAN PUAN
(1) Pakej Jannah (2 Naskhah) = Wakaf atas nama sendiri dan pasangan
(2) Pakej Mawaddah (4 Nashkah) = Wakaf untuk nama sendiri, pasangan & ibu ayah samada masih ada atau telah tiada.
(3) Pakej Firdaus (10 Naskhah) = Pakej paling terbaik, wakaf untuk seluruh ahli keluarga tersayang.
Untuk berwakaf secara manual, tuan puan boleh transfer ke nombor akaun di bawah:
No. Akaun: 5630 6414 6378
Bank: Maybank Iman Care
Nota: Letakkan reference “WQ” untuk memudahkan urusan pengurusan.
BOLEH PERCAYA KE IMAN CARE NI?
⚠️ Iman Care (Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Terengganu Darul Iman) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah ROS: PPM-008-11-07062018
⚠️ Iman Care telah menyalurkan pelbagai bentuk bantuan, antaranya adalah bantuan kemanusiaan (dalam & luar negara), bantuan kecemasan bencana, bantuan makanan buat fakir miskin, agihan Al-Quran dan juga bantuan untuk mendirikan pondok pengajian.
⚠️ Jika ada sebarang persoalan atau pertanyaan, boleh hubungi pegawai khidmat kami di talian: 016-433 4702