Kempen ini akan berakhir dalam

  

[give_goal id=”172462″]

Pecutan 10 Hari Terakhir Ramadan 

Mari tamatkan penantian pelajar Tahfiz di Malaysia & luar negara melalui wakaf Quran. Insya Allah, ‘imbuhan’ besar menanti kita.

“Rasulullah berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”. [HR Muslim 2009]

BETAPA ISTIMEWANYA 10 MALAM TERAKHIR INI

Masya Allah, inilah peluang yang dinanti-nantikan. 10 malam terakhir di mana Allah menurunkan keampunan, ganjaran dilipatgandakan dan beribadah pada malam Lailatul Qadar umpama beribadah selama 84 tahun. 

Syukur Alhamdulillah, kita kini berada pada bulan Ramadan yang penuh mulia. Bulan di mana kita bersungguh-sungguh menambah amalan kerana kita tahu apa ganjaran yang menanti. 

Namun, setiap orang miliki kemampuan yang berbeza dalam melaksanakan sesuatu amalan. 

Ada yang mampu baca Quran 30 Juz, ada yang suka bersedekah, ada pula yang suka belanja jiran atau kawan-kawan untuk berbuka puasa dan lain-lain.

Terpulang kepada diri sendiri. Dan sebenarnya, ada satu amalan mudah yang kita boleh lakukan. Jika kita sudah tiada pun, kita tetap dapat pahalanya. 


KENALI SATU AMALAN YANG DIJAMIN TIADA RUGI

Walaupun sekali kita buat amalan ini, bayangkan imbuhan pahala yang dapat, sentiasa mengalir masuk ke dalam akaun akhirat kita selamanya. 

Apatah lagi, jika kita lakukan berkali-kali. 

Itulah dia amalan wakaf. Melalui wakaf, bukan saja kita yang terima ganjarannya, ibu bapa dan penerima wakaf turut peroleh kebaikannya selagi mana wakaf tersebut digunakan.

MEMPERKENALKAN PROGRAM WAKAF QURAN RAMADAN 2022

Maka, pihak Iman Care ingin mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama berwakaf sepanjang bulan Ramadan ini. 

Kita hadiahkan Quran baru buat mereka yang sangat berhajat untuk belajar, baca & hafal Quran. 

Oleh itu, kami mensasarkan sebanyak 150,000 wakaf Quran berjaya dicapai dan dapat diberikan kepada:

  • Pelajar-pelajar Tahfiz.​
  • Golongan asnaf.​
  • Masjid, Surau, Sekolah, Madrasah.​
  • Kampung pendalaman.​

Wakaf Quran ini bukan saja diagihkan di dalam Malaysia, tetapi juga di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Kemboja, Turki & Sudan.

BAGAIMANA PROSES WAKAF QURAN BERJALAN?

JOM REBUT GANJARAN WAKAF TERUTAMANYA DALAM BULAN RAMADAN INI

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

Kita boleh berwakaf atas nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga tidak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

Ayuh bersama kami cukupkan sasaran wakaf Quran Ramadan. Hanya RM30 saja daftar untuk satu nama, satu wakaf Quran.

Anda boleh pilih pakej wakaf Quran yang ada dan scroll bawah untuk isi butiran yang diperlukan. 

  • Wakaf Quran Ramadan 10 nama = RM300​
  • Wakaf Quran Ramadan 5 nama = RM150​
  • Wakaf Quran Ramadan 3 nama = RM90​
  • Wakaf Quran Ramadan 1 nama = RM30​

P/s: Moga Allah terima amal kita dan ganjari pahala, rezeki yang berlimpah ruah pada bulan yang penuh rahmat ini. Amin YRA. 


MAHU KAMI TURUT BUAT TAHLIL UNTUK ARWAH?

Jika ya, anda boleh masukkan nama di bawah. Tahlil dibuat sekali dalam sebulan di Madrasah terpilih. 

[wc_woo_donation id=”195632″]

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.