RAIH PAHALA WAKAF AL QURAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADAN BERSAMA IMAN CARE

(Peluang langganan wakaf @ sedekah serendah RM5 secara harian @ mingguan sepanjang Ramadan telah dibuka)

Klik video untuk lihat pesanan daripada PU Amin 👇🏻

Alhamdulillah Pada Tahun 2022; 104,230 Naskhah Telah Berjaya Diagihkan!

Melalui sokongan tuan puan, semua pelajar tahfiz, asnaf dan mualaf telah memiliki Quran baharu hasil daripada wakaf.

RECAP: Semasa agihan, kita dapat lihat…

✅ Ada Quran yang lusuh tapi tetap digunakan
✅ Ada yang berkongsi Quran dengan kawan
✅ Ada juga yang tidak ada Quran langsung

Kini semuanya berubah, selepas tuan puan berwakaf bersama Iman Care.

Misi Ramadan 2023: 50,000 Naskhah Untuk Indonesia & Malaysia

50,000 naskhah ini kita akan agihkan kepada pesantren di Indonesia dan juga tahfiz-tahfiz di Malaysia.

Pesantren dan tahfiz yang kita akan bantu ini adalah tempat pengajian yang mana menggunakan Al-Quran setiap hari.

Bayangkan, kita mudahkan pelajar yang sememangnya memerlukan. Setiap huruf yang mereka baca setiap hari menjadi saham pahala buat kita.

Ini antara tempat pengajian Quran yang kita akan bantu nanti.

Lihatlah Quran lusuh mereka.

Jemputan Untuk Wakaf Secara Berkala Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Dengan langganan ini, ianya akan membantu Iman Care:

Mempercepatkan proses cetakan Al Quran
✅ Lebih segera agihan dapat dibuat
Lebih ramai dapat dibantu

InsyaAllah amalan yang sedikit, tapi berterusan lebih disukai Allah.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”

– (HR. Bukhari, no. 6465)

Ayuh, raikan bulan Al-Quran ini dengan berwakaf Quran secara berterusan sepanjang bulan Ramadan.

Bagaimana Cara Untuk Langgan?

  1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
  2. Pilih Wakaf Harian atau Wakaf Mingguan.
  3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

Boleh gunakan Kad Kredit @ Kad Debit mana-mana bank di Malaysia.

Kami cadangkan sepanjang bulan Ramadan ini, tuan puan melanggan harian supaya setiap hari mendapat pahala wakaf @ sedekah.

**Pemotongan berterusan hanya akan dibuat sehingga 30 Ramadan. (21 April 2023)