‘KENDURI PAHALA’ DENGAN BERWAKAF SECARA BERKALA

(Langgan wakaf automatik secara harian atau mingguan sepanjang Ramadan)

Sempena Ramadan,
kami menyediakan satu platform untuk tuan puan berwakaf secara istiqamah.

Platform ini tercetus dengan mengambil ibrah daripada sabda Rasulullah SAW.

Daripada Aisyah RA, beliau berkata Rasulullah SAW bersabda:

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.”

– (HR. Bukhari, no. 6465)

Melalui platform wakaf secara istiqamah ini, Wakaf Quran dapat diproses dengan lebih cepat dan tuan puan juga menikmati saham pahala yang berterusan.

Insya-Allah….

Jemputan Untuk Wakaf Secara Berkala Sepanjang Bulan Ramadan Ini

Dengan langganan ini, ianya akan membantu Iman Care:

Mempercepatkan proses cetakan Al Quran
✅ Lebih segera agihan dapat dibuat
Lebih ramai dapat dibantu

InsyaAllah amalan yang sedikit, tapi berterusan lebih disukai Allah.

Tuan puan boleh pilih sama ada ingin berwakaf secara harian atau mingguan 👇

Bagaimana Cara Untuk Langgan?

  1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
  2. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

Boleh gunakan Kad Kredit @ Kad Debit mana-mana bank di Malaysia.

Kami cadangkan sepanjang bulan Ramadan ini, tuan puan melanggan harian supaya setiap hari mendapat pahala wakaf @ sedekah.

**Pemotongan berterusan hanya akan dibuat sehingga 30 Ramadan. (21 April 2023)

Semoga amalan tuan puan ini menjadi asbab tuan puan bertemu malam Lailatul Qadar yang diimpikan. Amin.

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.