Zahirkan Pengorbanan Sempena Bulan Zulhijjah Dengan Berwakaf Quran Pada Tahfiz Memerlukan
(Setiap naskhah yang diwakafkan boleh disertakan 1 penama)
PENGIKTIRAFAN WAKAF QURAN IMAN CARE
Hayati Erti Bulan Zulhijjah Sebenar
Aidiladha tidak terhad kepada ibadah korban sahaja.
Masa, tenaga dan wang ringgit yang dikeluarkan juga dikira sebagai pengorbanan jika ianya dibelanjakan atas jalan agama.
Walaupun kita belum mampu berkorban besar, insyaAllah dengan serendah RM40 ini ianya akan membantu pelajar tahfiz yang memerlukan Quran.
“Kami baca Quran setiap hari…” – Pelajar Tahfiz
Inilah rutin pelajar tahfiz di madrasah.
Mereka sangat-sangat dekat dengan al-Quran.
Mulut mereka tak pernah lekang dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Mata mereka tak pernah bosan melihat tulisan suci Al-Quran.
Tangan mereka pula, tak pernah beralih memegang buku lain selain naskhah Al-Quran.
Tuan puan bayangkan jika:
Quran yang mereka baca,
Quran yang mereka lihat,
Quran yang mereka pegang,
adalah…
Quran yang tuan puan wakafkan.
InsyaAllah, pahala akan mengalir selagi mana Quran yang tuan puan wakafkan itu dibaca hingga ke akhirnya.
“Tapi betul ke tahfiz-tahfiz ini masih perlukan Quran?”
Tuan puan, pada awalnya kami juga tidak percaya dengan wujudnya tahfiz yang kekurangan Al-Quran.
Namun, selepas kami pergi sendiri ke maahad tahfiz, pesantren dan sekolah di kawasan pedalaman yang memohon bantuan daripada Iman Care, sememangnya mereka kekurangan Al-Quran dan amat memerlukan naskhah Al-Quran.
Antara sebab mereka kekurangan Quran:
✅ Quran sedia ada sudah lusuh & koyak
✅ Pelajar semakin ramai, tak cukup untuk semuanya
✅ Kekurangan dana untuk membeli Quran baharu
Kami jamin, Al-Quran yang tuan puan wakafkan akan diagihkan kepada insan yang betul-betul memerlukan.
Ini Antara Bukti Quran Yang Telah Diagihkan Sebelum Ini
LAPORAN WAKAF QURAN TAHUNAN & NASKHAH TERKUMPUL 2023
“Alhamdulillah pada tahun 2022, kita telah berjaya mengagihkan sebanyak 104,230 naskhah Al-Quran. Moga Allah membalasnya” – Ustaz Nasrun (Pengasas Iman Care)
Misi Terkini: Wakaf Quran Aidiladha 2023
Untuk misi kali ini, kita bukan sahaja menyampaikan naskhah Quran kepada pelajar tahfiz di Sarawak, tapi kita akan agihkan juga kepada:
✅ Pusat Komuniti Islam
✅ Komuniti Saudara Kita (Mualaf)
✅ Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik
✅ Penjara Seluruh Sarawak
✅ Institusi Masjid & Surau Terpilih
Bayangkan asbab wakaf kita hari ini, semakin ramai boleh membaca Al-Quran dan mengenal Islam.
Ayuh, sama-sama kita korbankan sedikit harta buat mereka.
CADANGAN PAKEJ KHAS UNTUK TUAN PUAN
(1) Pakej Jannah (2 Naskhah) = Wakaf atas nama sendiri dan pasangan
(2) Pakej Mawaddah (4 Nashkah) = Wakaf untuk nama sendiri, pasangan & ibu ayah samada masih ada atau telah tiada.
(3) Pakej Firdaus (10 Naskhah) = Pakej paling terbaik, wakaf untuk seluruh ahli keluarga tersayang.
Untuk berwakaf secara manual, tuan puan boleh transfer ke nombor akaun di bawah:
No. Akaun: 5630 6414 6378
Bank: Maybank Iman Care
Rujukan: Letakkan reference “WQ” untuk memudahkan urusan pengurusan.
Nota: Disebabkan kos percetakan Quran telah meningkat tahun ini, kita terpaksa menaikkan nilai pakej 1 naskhah Quran kepada RM40.
Platform Wakaf berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat wakaf secara mingguan atau bulanan bersama Iman Care.
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.
*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.