MISI RAMADAN: Sokong Perjuangan Ust Mad Dengan Lancarkan Pembinaan Masjid & Pondok Orang Tua Darul Zahraa.
(Ayuh, mudahkan proses pengajian agama anak tahfiz & warga tua melalui wakaf anda hari ini)
RECAP FASA 1: Alhamdulillah, dana sebanyak RM1.7 Juta telah berjaya dikumpulkan bagi pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa, Hulu Terengganu.
Hasil kutipan dana ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan:
- 5 Buah Kelas Pengajian
- Pejabat Pengurusan
- Bilik Mesyuarat
- Dewan Kuliah
- Surau
- Asrama Pelajar Tahfiz
Ianya sekaligus dapat memudahkan urusan pelajar tahfiz dan pihak operasi madrasah untuk mendapatkan kemudahan prasarana secara percuma.
Namun begitu, projek pembinaan ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih perlukan sumbangan orang ramai agar lebih banyak prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.
Pembinaan Fasa 2 Sudah Bermula
Demi memastikan kelangsungan perancangan pembinaan madrasah ini, kini projek Fasa 2 telah dilancarkan.
Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.
Untuk makluman tuan/puan, kebanyakan warga emas yang bakal mendiami pondok ini adalah daripada penduduk kawasan sekitar madrasah.
Di sini, mereka dapat belajar pengajian agama dan kitab seperti Aqidah, Feqah, Tasawwuf, Al-Quran dll.
Tambahan, pembinaan kompleks masjid ini juga akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:
Bilik Kuliah
Perpustakaan
Dewan Seminar
Pusat Bahasa
- Bilik Kuliah
- Bilik Hafazan
- Dewan Seminar
- Perpustakaan
- Pusat Bahasa
UPDATE PEMBINAAN SEHINGGA FEBRUARI 2023
Kerja Pembinaan Kompleks Masjid
Proses meratakan tanah tapak masjid mengambil masa lebih lama kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
Kerja Pembinaan Kompleks Warga Emas
“34 unit pondok sudah siap dibina & hanya tinggal 46 buah pondok saja lagi sedang diusahakan”
Bayangkan, bila madrasah ini sudah mula beroperasi.
Setiap kali anak-anak tahfiz & warga emas ini mengaji, menghafal Al Quran dan Hadis, buat aktiviti ibadah di bangunan ini.
Semua pahala mereka asbab dana wakaf ini, anda juga akan dapat secara berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.
“Kenapa lama sangat pembinaan madrasah ini Ustaz Mad?”
Jom tonton pencerahan dari Ustaz Mad mengenai soalan-soalan anda
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:
- Pembinaan Pondok Warga Emas
- Pembinaan Kompleks Masjid
- Lain-lain Kos Operasi
MISI BINA RUMAH DI SYURGA
Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah:
***(Disclaimer: Bagi yang berwakaf RM100 dan ke atas akan disediakan sijil wakaf yang akan dipos secara terus ke rumah anda)
PAKEJ SEDEKAH UMUM
Untuk makluman tuan puan, selain daripada kos pembinaan, ada beberapa lagi kos tambahan yang pihak Iman Care bertanggungjawab untuk tampung bagi menyiapkan madrasah ini.
Antaranya ialah:
✅ Kos kelengkapan madrasah
✅ Kos sewa jentera
✅ Lain-lain kos operasi
Jadi sekiranya tuan berminat untuk bersama memudahkan urusan tim Iman Care, tuan puan boleh memilih pakej sedekah umum di samping berwakaf untuk pembangunan madrasah.
Insya-Allah, pasti berganda-ganda pahala yang akan diperolehi hasil daripada setiap ringgit yang tuan puan infaq di jalan Allah swt.
Usah bertangguh untuk berbuat kebaikan hari ini. Mudah-mudahan segala amal kebaikan yang kita lakukan buat diri sendiri mahupun ibu bapa akan mendapat keberkatan dan dikurniakan rumah di syurga, amin.
1 SHARE = 1 PAHALA
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)
Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.