[PASCA GEMPA: SYRIA JUGA KRITIKAL]

Pelarian Syria Seakan Dipinggirkan, Bantuan Kurang Sampai Pada Mereka.

(Hulurkan Bantuan Sebagai Langkah Awal Untuk Mereka Buat Persiapan Menuju Ramadan)

Bencana gempa bumi yang menimpa Turki dan Syria baru-baru ini sudah mengorbankan lebih 34,000 orang.

Meskipun jumlah kematian di Turki lebih ramai namun realitinya, keadaan di Syria lebih parah.

Ini disebabkan oleh:

???? Terpaksa mengerah orang ramai untuk misi menyelamat kerana kekurangan bantuan dari luar
???? Kekurangan alatan yang sesuai untuk misi menyelamat
???? Terpaksa menahan kesejukan tanpa kelengkapan musim sejuk yang sesuai

Caption: Rakyat Syria melakukan sendiri misi menyelamat tanpa bantuan
Credit: Twitter Omar Al-Bam,

LOKASI SASARAN AGIHAN BANTUAN IMAN CARE TERJEJAS TERUK

Jika anda ingin tahu, pelarian Syria ini memang kebanyakannya bergantung dengan bantuan dari luar. 

Dan saban tahun, Iman Care menyalurkan bantuan ke sana melalui kempen Winter4Syria bagi meringankan derita mereka di musim sejuk yang ekstrim.

Kini, bukan sahaja mereka kesejukan, malah mereka juga terkesan dengan bencana gempa baru-baru ini.

Oleh itu, tindakan pantas daripada kita semua amat diperlukan.


Sasaran Bantuan Yang Diperlukan:

Sasaran bantuan sebanyak RM500,000 diperlukan bagi membantu 15,000 pelarian Syria yang berada di Gazientep dan Hatay, Turki. 

Bantuan yang diberikan berbentuk: 

  • Kotak makanan berisi keperluan asas
  • Makanan panas dan pek roti 
  • Kit Musim Sejuk seperti pakaian sejuk, selimut dan tilam
  • Alat pemanas beserta diesel, arang dan kayu api
  • Bantuan Perubatan 
  • Bantuan Pendidikan 

Kami tahu, jumlah RM500,000 bukan satu jumlah yang sedikit.

Namun kami juga yakin dengan kerjasama kita semua, jumlah itu mampu untuk dicapai dan 15,000 saudara kita di sana akan dapat manfaatnya, terutama ketika Ramadan nanti.

Oleh itu, kami ingin menyeru anda untuk turut serta bersama kami, ringankan beban pelarian Syria. 

Moga dengan usaha kecil kita untuk membantu mereka ini akan dapat menjadi hujah di hadapan Allah swt bahawa kita telah berusaha untuk membantu saudara seIslam, insya-Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. (HR. Muslim)


Ini Bukti Sumbangan Anda Sampai Ke Tangan Mereka

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.