[PASCA GEMPA: SYRIA JUGA KRITIKAL]

Pelarian Syria Seakan Dipinggirkan, Bantuan Kurang Sampai Pada Mereka.

(Hulurkan Bantuan Sebagai Langkah Awal Untuk Mereka Buat Persiapan Menuju Ramadan)

Perang yang dilalui oleh rakyat Syria selama 11 tahun bertambah parah setiap kali tibanya musim sejuk.

Selain daripada mengalami tekanan hidup dan trauma yang tidak berkesudahan, mereka juga terpaksa mengharungi:

➡️ Tiada wang yang cukup untuk membeli keperluan asas seperti makan dan minum

➡️ Terpaksa berteduh di dalam khemah yang berlubang

➡️ Terpaksa bakar baju sejuk dan selimut kerana tiada bahan bakar untuk memanaskan badan

➡️ Menghidapi pelbagai penyakit asbab kekurangan air untuk membersihkan diri

PERDERITAAN YANG HAMPIR DILUPAKAN

Jika anda ingin tahu, pelarian Syria ini memang kebanyakannya bergantung dengan bantuan dari luar. 

Namun saban tahun, bantuan ke sana semakin sedikit. 

Seakan-akan mereka sudah dilupai. 

Oleh itu, Iman Care dengan kerjasama Cinta Syria Malaysia meneruskan lagi misi Winter4Syria buat kali ke-6 untuk meringankan penderitaan saudara di sana. 

Winter4Syria 2023


Sasaran Bantuan Yang Diperlukan:

Sasaran bantuan sebanyak RM500,000 diperlukan bagi membantu 15,000 pelarian Syria yang berada di Gazientep dan Hatay, Turki. 

Bantuan yang diberikan berbentuk: 

  • Kotak makanan berisi keperluan asas
  • Makanan panas dan pek roti 
  • Kit Musim Sejuk seperti pakaian sejuk, selimut dan tilam
  • Alat pemanas beserta diesel, arang dan kayu api
  • Bantuan Perubatan 
  • Bantuan Pendidikan 

Kami tahu, jumlah RM500,000 bukan satu jumlah yang sedikit.

Namun kami juga yakin dengan kerjasama kita semua, jumlah itu mampu untuk dicapai dan 15,000 saudara kita di sana akan dapat manfaatnya, terutama ketika Ramadan nanti.

Oleh itu, kami ingin menyeru anda untuk turut serta bersama kami, ringankan beban pelarian Syria. 

Moga dengan usaha kecil kita untuk membantu mereka ini akan dapat menjadi hujah di hadapan Allah swt bahawa kita telah berusaha untuk membantu saudara seIslam, insya-Allah.

Sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. (HR. Muslim)


Ini Bukti Sumbangan Anda Sampai Ke Tangan Mereka

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.