Nyawa Anak Gaza ‘Diambil’ Musim Sejuk

Tanpa Bantuan Secukupnya, Ia Boleh Membawa Maut. Ayuh Hulurkan Bantuan Anda!

Di Gaza, musim sejuk adalah musim yang sukar bagi rakyatnya, terutama bagi kanak-kanak. 

Antara cabaran besar yang mereka hadapi:

➡️ Cuaca sejuk sehingga mencengkam tulang
➡️ Rumah yang berlubang-lubang disebabkan hujan dan ribut
➡️ Akses terhad kepada alat pemanas dan kelengkapan musim sejuk
➡️ Berdepan dengan kesukaran mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi

PERJUANGAN INI BUAT RAKYAT GAZA

Tanpa mengenal penat dan jemu, Iman Care dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia meneruskan lagi misi bantuan ke Gaza buat tahun yang ke-5 menerusi kempen Winter4Gaza.

Winter4Gaza 2022

Sasasan bantuan sebanyak RM500,000 diperlukan bagi misi musim sejuk tahun ini, yang mana agihan akan fokus kepada bantuan berbentuk:

  • Pakaian sejuk
  • Kasut but 
  • Selimut dan Tilam
  • Arang kayu & Diesel
  • Bantuan pembinaan semula rumah 

Misi musim sejuk kali ini perlu diberi lebih perhatian kerana rakyat Gaza juga akan menghadapi Ramadan dalam keadaan sejuk yang melampau.

Tanpa persiapan yang lengkap, ia akan mengancam nyawa anak-anak kecil asbab kesejukan dan kelaparan. Allahu…

Oleh itu, Iman Care ingin menyeru anda semua untuk turut serta dalam menjayakan kempen Winter4Gaza kali ini.

Kami menerima sebarang amaun ikhlas yang anda ingin berikan dan pastinya akan dimanfaatkan sepenuhnya buat rakyat Gaza, insya-Allah. 

Sabda Rasulullah SAW:
“Siapa yang biasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa menolongnya dalam hajatnya.” (HR. Bukhari no. 6951)

Terima kasih rakyat Malaysia!

Buat anda yang masih ragu-ragu, berikut adalah bukti agihan yang dibuat pada musim sejuk yang lepas.

Winter4Gaza 2021

Winter4Gaza 2020

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.