Mereka Hanya Berharap Agar Hari Esok Ada Makanan Untuk Di Jamah

(Santuni asnaf & orang susah supaya Allah selamatkan kita dari kesusahan di hari kiamat – HR Muslim)
ANTARA KISAH MEREKA YANG KITA TAK TAHU…
1. “Hanya mampu isi perut dengan apa ada, cuma kalau ada rezeki lebih dapatlah mak cik makan nasi dengan telur” – Mak Cik Limah

2. “Adik dah lama teringin nak makan ayam goreng macam dalam televisyen tu…” – Anak Yatim

3. “Saya hilang punca pendapatan, hanya bergantung hidup dengan ihsan keluarga” – En Muhamad

KENAPA IMAN CARE ANJURKAN TABUNG KEBAJIKAN ASNAF INI?
Ketika ini, masih ramai keluarga di luar sana yang terpaksa mencatu makanan, ikat perut dan diuji dengan kesukaran hidup.
Atas dasar keprihatinan, tim Iman Care mengambil inisiatif melalui Program Tabung Kebajikan Asnaf ini untuk menyediakan bantuan:
✅ Barang dapur
✅ Keperluan anak kecil (susu & pampers)
✅ Peralatan perubatan (Mengikut keperluan)
✅ Wang tunai

Antara golongan yang akan dibantu adalah:
✅ Asnaf
✅ Ibu tunggal
✅ Warga emas
✅ Anak Yatim
✅ Orang kurang upaya
✅ Orang sakit
DI MANA LOKASI AGIHAN?
Sasaran agihan akan dibuat diseluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak, namun untuk permulaan agihan akan berfokus di Negeri Pantai Timur dahulu.
Berdasarkan statistik yang kami terima, negeri- negeri tersebut merekodkan kadar kemiskinan agak kritikal di Malaysia (Sinar Harian).

InsyaAllah, agihan awal di jangka akan di buat pada hujung bulan September nanti. Kami mohon doa agar misi ini dipermudahkan kelak. Amiin.

Bagi memastikan program ini dapat bantu golongan yang disasarkan.
Kami memerlukan sebanyak:
RM10,000 Sebulan
Kami berharap sangat anda dapat bantu kami, agar misi ini berjaya dilaksanakan.
Moga-moga dengan adanya misi seperti ini, lebih ramai golongan yang kurang bernasib baik dapat dibantu sekaligus ia menjadi langkah permulaan untuk mereka keluar dari kemiskinan.
MACAM MANA NAK SEDEKAH?
Anda boleh pilih pakej di bawah mengikut kemampuan:

Semoga asbab sedekah yang diberikan, Allah balas dengan ganjaran rezeki yang tak disangka-sangka kelak. Amiin YRA.
INI BUKTI AGIHAN LEPAS


“Tidak beriman salah seorang di antara kamu hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.“
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
📌 Untuk transaksi “SEDEKAH” secara manual:
Bank : MAYBANK
Nama : IMAN CARE ASNAF
No akaun : 550512080135
Sila letakkan reference “Tabung Kebajikan”