????
Alhamdulilah!
Allah Gerakkan Hati Anda Untuk Kejar Syurga Nya..
PELUANG BURU PAHALA BERTERUSAN
Ramadan ini, Iman Care ada sediakan satu “Platform Khas” yang akan bantu anda istiqamah bersedekah secara berterusan tanpa terlupa.
Nabi SAW bersabda:
“Amalan paling dicintai Allah SWT ialah amalan berterusan walaupun sedikit.”
(HR Muslim)
Platform Khas Ini Akan Bantu Anda:
✅ Istiqamah lakukan kebaikan
✅ Mudah & jimat masa
✅ Tidak terlepas peluang sedekah di bulan Ramadan
ANTARA PROJEK IMAN CARE
UNTUK SEDEKAH BERTERUSAN
1. Tabung Kebajikan Ramadan
Ketika ini, masih ramai lagi saudara kita di luar sana yang hidup susah sehingga terpaksa catu makanan. Kesian, jika situasi ini berterusan tanpa ada yang ambil peduli.
Sebab itu, Ramadan ini Iman Care bekerja keras memastikan nasib mereka terbela melalui projek tabung kebajikan Ramadan. Semoga usaha ini, sedikit sebanyak dapat ringankan beban mereka yang memerlukan.
2. Pembinaan Asrama Tahfiz Anak Yatim & Asnaf
Sekiranya pembinaan asrama ini berjaya dilaksanakan, maka ia akan memberi manfaat buat 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim & asnaf untuk teruskan niat mereka belajar agama.
InsyaAllah, projek ini bukan hanya bermanfaat pada mereka. Malah ia akan bantu anda dekat dengan Rasulullah di Syurga kelak asbab bantu anak yatim.
3. Pembinaan Pondok Warga Emas
Kami terima banyak permohonan dari warga emas yang nak baiki hidup dengan belajar agama di pondok Ust Mad. Tapi, apakan daya ia terpaksa ditolak asbab pondok sedia ada sudah penuh.
Jadi, kami buka peluang buat anda yang nak berjuang bersama Iman Care Ramadan ini bagi memastikan projek ini berjalan lancar seperti yang dirancang.
Klik butang di bawah untuk menyumbang ????
MACAM MANA CARA UNTUK SEDEKAH?
Cara untuk sedekah mudah saja, ikuti langkah di bawah:
1. Pilih pakej yang anda inginkan
2. Pilih projek yang nak dibantu
3. Isi maklumat diri
4. Masukkan butiran kad kredit/debit
5. Sahkan info & selesai!
Pemotongan akan bermula pada 1 Ramadan sehingga 30 Ramadan.
Maaf..
“Saya belum bersedia lagi, macam mana ya?”
Jangan risau, kami masih ada cara untuk bantu anda teruskan niat baik tersebut.
Apa kata anda mula dahulu dengan sedekah secara ‘one-off’ ke Tabung Kebajikan Ramadan yang disediakan.
Moga-moga ia menjadi asbab Allah murahkan rezeki anda agar selepas ini boleh bersedekah secara istiqamah. Amin YRA.