[give_goal id=173977]
“Infaq kita ternyata beri kebahagiaan buat mereka pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini.”
Mari jayakan misi memberi pek makanan Ramadan kepada 5,500 keluarga asnaf, miskin, ibu tunggal & anak yatim yang trauma akibat serangan di Gaza.
Sabda Rasulullah SAW:
“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan keberkahan, AIlah mengunjungimu pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, menghapus dosa-dosa dan mengabulkan doa.
Allah melihat berlumba-lumbanya kamu pada bulan ini dan membanggakanmu kepada para malaikat-Nya, maka tunjukkanlah kepada Allah hal-hal yang baik dari dirimu, kerana orang yang sengsara ialah yang tidak mendapatkan rahmat Allah di bulan ini.” (HR At-Thabrani)
SITUASI SEMASA DI GAZA
Setiap tahun, pasti berlaku serangan ganas di Gaza. Bukan bermaksud kami mendoakan ia berlaku.
Akan tetapi, ia sudah menjadi satu krisis tetap di mana rakyat Gaza terpaksa menghadapinya berulang kali.
Menyebabkan kesan selepas perang begitu sukar dipulihkan.
Ramai di antara mereka terkesan teruk akibat hilang harta benda dan ahli keluarga. Malah, mereka dihalau keluar dan tanah kediaman mereka dirampas oleh pihak Israel.
MISI IMAN CARE RAMADAN INI
Kerana itu, pihak Iman Care bersama Cinta Gaza Malaysia berhajat untuk membantu asnaf, warga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim Gaza.
Maka, kami mengharapkan sasaran sebanyak RM1.5 juta berjaya dicapai agar kami dapat membeli pek makanan dan memberi wang saku buat 5,500 keluarga Gaza.
Dalam Pek Makanan Ramadan ini, ada bahan mentah seperti:
JOM KEJAR PAHALA SEDEKAH KETIKA RAMADAN
Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”
[Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]
Bahkan, kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa…
‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (m/s 18).
Inilah masanya kita tambah amal kebaikan dengan ringankan beban saudara seIslam kita di Gaza yang sedang menanti bantuan luar untuk tiba.
IKUTI LANGKAH DI BAWAH UNTUK BERINFAQ
Terima kasih rakyat Malaysia.
Moga-moga asbab kita gembirakan rakyat Gaza, Allah limpahkan pelbagai nikmat, rezeki & kesihatan yang baik kepada diri serta keluarga kita semua. Amin YRA.
Saya ingin menyumbang:
1 SHARE = 1 PAHALA
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)
Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.
Klik butang share ke whatsapp.