🌙

PECUTAN AMAL

10 HARI TERAKHIR RAMADAN

BURU PAHALA BERGANDA & BERTERUSAN

Bermula 10 hari terakhir Ramadan ini, Iman Care ada sediakan satu “Platform Khas” yang akan bantu anda istiqamah bersedekah secara berterusan tanpa terlupa.

Rasulullah SAW bersabda:
“Carilah Lailatulqadar pada sepuluh akhir bulan bulan Ramadhan dalam malam ganjil.”

Aisyah R.Anha, katanya:
“Rasulullah saw bersungguh-sungguh pada 10 malam terakhir tidak seperti bulan-bulan yang lain.”
(HR Muslim)

Platform Khas Ini Akan Bantu Anda:

✅ Istiqamah lakukan kebaikan
✅ Mudah & jimat masa
✅ Tidak terlepas peluang sedekah di bulan Ramadan

ANTARA PROJEK IMAN CARE

ANDA BOLEH BANTU SEPANJANG 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

1. Wakaf Quran

Misi dakwah melalui wakaf Quran ini, kami fokus untuk bantu gantikan Al Quran lusuh & koyak anak tahfiz sama ada dalam negara & luar negara. Bukan itu saja, kita juga akan salurkan Al Quran baru pada saudara yang ditimpa bencana alam & masjid-masjid yang memerlukan.

Jangan risau, setiap wakaf anda pasti akan kami sampaikan pada penerima yang selayaknya.

2. Tabung Kebajikan Ramadan

Ketika ini, masih ramai lagi saudara kita di luar sana yang hidup susah sehingga terpaksa catu makanan. Kesian, jika situasi ini berterusan tanpa ada yang ambil peduli.

Sebab itu, Ramadan ini Iman Care bekerja keras memastikan nasib mereka terbela melalui projek tabung kebajikan Ramadan. Semoga usaha ini, sedikit sebanyak dapat ringankan beban mereka yang memerlukan.

3. Pembinaan Asrama Tahfiz Anak Yatim & Asnaf

Sekiranya pembinaan asrama ini berjaya dilaksanakan, maka ia akan memberi manfaat buat 300 orang pelajar yang terdiri daripada anak yatim & asnaf untuk teruskan niat mereka belajar agama.

InsyaAllah, projek ini bukan hanya bermanfaat pada mereka. Malah ia akan bantu anda dekat dengan Rasulullah di Syurga kelak asbab bantu anak yatim.

4. Pembinaan Pondok Warga Emas

Kami terima banyak permohonan dari warga emas yang nak baiki hidup dengan belajar agama di pondok Ust Mad. Tapi, apakan daya ia terpaksa ditolak asbab pondok sedia ada sudah penuh.

Jadi, kami buka peluang buat anda yang nak berjuang bersama Iman Care Ramadan ini bagi memastikan projek ini berjalan lancar seperti yang dirancang.

Klik butang di bawah untuk menyumbang 👇

KUMPUL PAHALA BERGANDA DENGAN WAKAF QURAN

DI 10 HARI TERAKHIR RAMADAN

SETIAP 1 HURUF MEREKA BACA, TERSELIT 10 KEBAIKAN BUAT PEWAKAF..”

Kempen yang menjadi fokus utama Iman Care adalah Wakaf Quran. Di mana, kami berusaha keras tunaikan permintaan anak tahfiz nak Al Quran baru. Insya Allah, berkat bantuan hasil dari wakaf anda pasti misi ini akan berjaya.

p/s: Untuk maklumat lebih detail mengenai kempen ini boleh rujuk di atas.

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula 21 Ramadan (1hb April)

Pemotongan akan berakhir pada 30 Ramadan secara automatik. Namun, sekiranya akan ingin meneruskan langganan, ia dibolehkan.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong sehingga akhir Ramadan.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +601110693390 (Admin Iman Care)

Pemotongan RM1 akan dipulangkan semula, ianya hanyalah proses untuk pihak bank verified transaksi tersebut. Pemotongan seterusnya bermula 1 Ramadan  mengikut amount yang anda telah pilih.