Kempen ini akan berakhir dalam

  

[give_goal id=”173977″]

“10 hari terakhir ini adalah penentu prestasi bulan Ramadan kita.”

Mari kekalkan momentum sedekah di hari-hari terakhir Ramadan ini dengan menyediakan juadah berbuka buat 5,500 saudara kita di Gaza.

Firman Allah swt yang bermaksud:

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada Malam al-Qadar, Dan adakah engkau mengetahui akan kebesaran Malam al-Qadar itu? Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan”. [Surah al-Qadr, ayat 1-3]


SITUASI SEMASA DI GAZA

Setiap tahun, pasti berlaku serangan ganas di Gaza. 2022, nasib yang sama menimpa saudara kita di Gaza.

Bahkan liciknya musuh Islam ini, mereka pasti akan menyerang ketika mana umat Islam sedang kuat beribadah di bulan Ramadan.

Ketika umat Islam di Malaysia sedang sibuk membuat persiapan hari raya, saudara kita di Gaza sedang berjuang untuk menyelamatkan diri dan keluarga mereka.

Allahu.. sungguh besar ujian Ramadan mereka.


MISI IMAN CARE RAMADAN INI

Kerana itu, pihak Iman Care bersama Cinta Gaza Malaysia berhajat untuk membantu asnaf, warga miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim Gaza.

Maka, kami mengharapkan sasaran sebanyak RM1.5 juta berjaya dicapai agar kami dapat meringankan beban mereka dengan menaja pek makanan dan memberi wang saku buat 5,500 keluarga Gaza. 

Dalam Pek Makanan Ramadan ini, ada bahan mentah seperti:

  • Beras
  • Barli
  • Pes Tomato
  • Tepung Gandum
  • Roti

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN: MISI BURU MALAM LAILATUL QADR

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

[Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi]

Bahkan, kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa… 

‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (m/s 18).

Ayuh istiqamah bersedekah setiap hari di akhir Ramadan ini, semoga kita beroleh pahala beramal lebih dari 1000 bulan, Amin YRA.

IKUTI LANGKAH DI BAWAH UNTUK BERINFAQ

Anda boleh pilih pakej bantuan yang ada dan isi butiran yang diperlukan.

  • Pek Makanan Ramadhan (RM 1000)​
  • Pek Makanan Ramadhan (RM 500)​
  • Pek Makanan Ramadhan (RM200)​
  • Pek Makanan Ramadhan (RM50)​
  • Pek Makanan Ramadhan (RM30)​

Terima kasih rakyat Malaysia. 

Moga-moga asbab kita gembirakan rakyat Gaza, Allah limpahkan pelbagai nikmat, rezeki & kesihatan yang baik kepada diri serta keluarga kita semua. Amin YRA.

[wc_woo_donation id=”187367″]

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.