Ini Perjuangan Kita Bersama Demi Agama Allah

(Ayuh, rebut peluang wakaf ini sekali seumur hidup)

Platform Wakaf berterusan dibuat untuk tuan / cik puan boleh membuat wakaf dengan serendah RM5 secara mingguan atau bulanan bersama Imancare.

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +601110693390 (Admin Iman Care)

***(Disclaimer: Bagi yang berwakaf RM100 dan ke atas Iman Care akan sediakan sijil wakaf yang akan dipos secara terus ke rumah anda)

Ini Usaha Ust Mad Demi Pembinaan Madrasah Darul Zaraa

Jarang kita nampak madrasah ada perancangan ekonomi sendiri untuk tampung perbelanjaan harian dan kos operasi.

Itulah usaha yang dilakukan oleh Ust Mad ketika ini.

Antara usaha yang dilakukan oleh Ust Mad adalah:

✅ Bela itik
✅ Bela arnab
✅ Tanam tembikai
✅ Tanam nenas
✅ Bina projek kolam ikan sangkar

Namun disebabkan kos pembinaan masjid & pondok warga emas agak tinggi. Pihak Ust Mad perlukan sokongan dari anda semua Rakyat Malaysia.


“Kenapa lama sangat pembinaan madrasah ini Ustaz Mad?”

Jom tonton pencerahan dari Ustaz Mad mengenai soalan-soalan anda


RECAP FASA 1: Alhamdulillah, dana sebanyak RM1.7 Juta telah berjaya dikumpulkan bagi pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa, Hulu Terengganu.

Hasil kutipan dana ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan:

✅ 5 Buah Kelas Pengajian
✅ Pejabat Pengurusan
✅ Bilik Mesyuarat
✅ Dewan Kuliah
✅ Surau
✅ Asrama Pelajar Tahfiz

Ianya sekaligus dapat memudahkan urusan pelajar tahfiz dan pihak operasi madrasah untuk mendapatkan kemudahan prasarana secara percuma.

Namun begitu, projek pembinaan ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih perlukan sumbangan orang ramai agar lebih banyak prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.


Pembinaan Fasa 2 Sudah Bermula

Demi memastikan kelangsungan perancangan pembinaan madrasah ini, kini projek Fasa 2 telah dilancarkan.

Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.

Untuk makluman tuan/puan, kebanyakan warga emas yang bakal mendiami pondok ini adalah daripada penduduk kawasan sekitar madrasah.

Di sini, mereka dapat belajar pengajian agama dan kitab seperti Aqidah, Feqah, Tasawwuf, Al-Quran dll.

Tambahan, pembinaan kompleks masjid ini juga akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:

Bilik Kuliah
Perpustakaan
Dewan Seminar
Pusat Bahasa

UPDATE PEMBINAAN SEHINGGA FEBRUARI 2023

Kerja Pembinaan Kompleks Masjid

Proses meratakan tanah tapak masjid mengambil masa lebih lama kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

Kerja Pembinaan Kompleks Warga Emas

34 unit pondok sudah siap dibina & hanya tinggal 46 buah pondok saja lagi sedang diusahakan

Bayangkan, bila madrasah ini sudah mula beroperasi.

Setiap kali anak-anak tahfiz & warga emas ini mengaji, menghafal Al Quran dan Hadis, buat aktiviti ibadah di bangunan ini.

Semua pahala mereka asbab dana wakaf ini, anda juga akan dapat secara berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.


BERAPA YANG DIPERLUKAN?

Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:

✅ Pembinaan Pondok Warga Emas
✅ Pembinaan Kompleks Masjid
✅ Lain-lain Kos Operasi


MISI BINA RUMAH DI SYURGA

Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah:

Kenapa Kita Disarankan Untuk Selalu Berwakaf?

✅ Pahala yang berkekalan & berterusan

Ketahuilah, selagi wakaf yang diberi bermanfaat pada penerimanya. Selagi itu, ganjaran pahala akan terus mengalir.

✅ Memberi manfaat jangka panjang

Asbab wakaf yang anda beri walaupun nilainya sedikit, akan memberi impak jangka panjang pada penerima.

✅ Memperkuatkan hubungan dengan Allah

Amalan yang sangat dituntut dalam Islam, dan dapat bantu kuatkan hubungan dengan Allah SWT.

Oleh itu, Ustaz Mad nak sarankan anda laksanakan wakaf pada hari ini.

Di mana, wakaf tersebut boleh diniatkan untuk:

❤️ Ibu & Ayah
❤️ Isteri
❤️ Anak
❤️ Sahabat handai

Insya-Allah, asbab wakaf yang dibuat pasti Allah balas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin YRA.

PAKEJ SUMBANGAN UMUM

Untuk makluman tuan/puan, selain daripada kos pembinaan, ada beberapa lagi kos tambahan yang pihak Iman Care bertanggungjawab untuk tampung bagi menyiapkan madrasah ini.

Antaranya ialah:

✅ Kos kelengkapan madrasah
✅ Kos sewa jentera
✅ Lain-lain kos operasi

Jadi sekiranya tuan berminat untuk bersama memudahkan urusan tim Iman Care, tuan puan boleh memilih pakej sumbangan umum (RM20) di samping berwakaf untuk pembangunan madrasah.

Insya-Allah, pasti berganda-ganda pahala yang akan diperolehi hasil daripada setiap ringgit yang tuan puan infaq di jalan Allah SWT.