[give_goal id=”178404″]

Fasa 2 Bermula: RM 300K Diperlukan Untuk Pembinaan Kompleks Masjid & Pondok Warga Emas.

Ramadan Ini, Jom Kita Gandakan Pahala Melalui Wakaf.

[give_form id=”55440″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”none” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Minggu”]

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, nescaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Surah Al-Hadid: 18)

RECAP FASA 1: Alhamdulillah, dana sebanyak RM1.7 Juta telah berjaya dikumpulkan bagi pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa, Hulu Terengganu.

Hasil kutipan dana ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan:

+ 5 Buah Kelas Pengajian
+ Pejabat Pengurusan
+ Bilik Mesyuarat
+ Dewan Kuliah
+ Surau
+ Asrama Pelajar Tahfiz

Ianya sekaligus dapat memudahkan urusan pelajar tahfiz dan pihak operasi madrasah untuk mendapatkan kemudahan prasarana secara percuma.

Namun begitu, projek pembinaan ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih perlukan sumbangan orang ramai agar lebih banyak prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.


FASA 2 BERMULA: Demi memastikan kelangsungan perancangan pembinaan madrasah ini, kini projek Fasa 2 telah dilancarkan. 

Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.

Untuk makluman tuan/puan, kebanyakan warga emas yang bakal mendiami pondok ini adalah daripada penduduk kawasan sekitar madrasah.

Di sini, mereka dapat belajar pengajian agama dan kitab seperti Aqidah, Feqah, Tasawwuf, Al-Quran dll.

Tambahan, pembinaan kompleks masjid ini juga akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:

✅ Bilik Kuliah
✅. Bilik Hafazan
✅ Dewan Seminar
✅ Perpustakaan
✅. Pusat Bahasa

Bayangkan, bila madrasah ini sudah mula beroperasi.

Setiap kali anak-anak tahfiz & warga emas ini mengaji, menghafal Al Quran dan Hadis, buat aktiviti ibadah di bangunan ini.

Semua pahala mereka asbab dana wakaf ini, anda juga akan dapat secara berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.


BERAPA YANG DIPERLUKAN?

Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:

1. Pembinaan Pondok Warga Emas
2. Pembinaan Kompleks Masjid
3. Lain-lain Kos Operasi

Ayuh kita bersama-sama bantu mudahkan urusan mereka yang berjihad di jalan Allah. 

Nabi SAW bersabda:

مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا ، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا

“Barangsiapa yang membantu perlengkapan orang yang berjihad di jalan Allah maka sungguh dia juga telah ikut berjihad, dan barangsiapa yang membantu keluarga seorang yang berjihad di jalan Allah dengan suatu kebaikan maka dia juga telah ikut berjihad.”

MISI MENGEJAR PAHALA RAMADAN

Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah:

✅ Wakaf 5 lot RM1000
✅ Wakaf 3 lot RM600
✅ Wakaf 1 lot RM 200
✅ Wakaf ½ lot RM100
✅ Wakaf ¼ lot RM50 

*Bagi yang berwakaf RM100 dan ke atas akan disediakan sijil wakaf yang akan dipos secara terus ke rumah anda.

Usah bertangguh untuk berbuat kebaikan pada harini. Mudah-mudahan segala amal kebaikan kita di bulan Ramadan ini mendapat syafaat dan keberkatan, insyaAllah.

[give_form id=”55440″ show_title=”false” show_goal=”false” show_content=”none” display_style=”button” continue_button_title=”Wakaf Setiap Minggu”]

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..”

(HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.

Klik butang share ke whatsapp di bawah.

Sebarang pertanyaan sila hantarkan ke imancareorg@gmail.com atau melalui WhatsApp ke +60164334702

ImanCare is a platform owned and operated by Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Cakna Terengganu Darul Iman (Iman Care) & No. PPM-008-11-07062018