Korban tanda kesyukuran, ikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.

Ayuh sempurnakan ibadah korban anda bersama Iman Care serendah RM350 sahaja. 

Rakan Kerjasama


[EKSKLUSIF] KEMPEN KORBAN/AQIQAH BERSAMA IMAN CARE KINI DIBUKA 

Jika sebelum ini, atas faktor kekangan sempadan yang ditutup asbab Covid-19, kempen korban anjuran Iman Care terpaksa ditangguhkan buat seketika.

Alhamdulillah, selepas keadaan kembali pulih dan juga atas permintaan ramai dikalangan follower Iman Care. 

Pada tahun ini, secara eksklusif kami membuka peluang kepada mereka yang ingin ambil bahagian ibadah korban atau aqiqah di luar negara iaitu:


APA RASIONAL BERKORBAN/AQIQAH DI AFRIKA, SRI LANKA DAN KEMBOJA?

Muslim di 3 buah negara ini tergolong dalam golongan minoriti dan kebanyakan mereka terdiri daripada asnaf dan fakir miskin.

Akses kepada barangan muslim friendly dan halal itu amatlah terhad dan mahal. 

Kebanyakan dari mereka hanya mampu untuk makan daging setahun sekali, iaitu ketika hari raya Aidiladha.

Atas dasar keprihatinan, Iman Care memilih untuk melaksanakan ibadah korban/ aqiqah di sana bagi meraikan saudara kita sempena Aidiladha yang telah lama berhajat untuk makan daging yang halal & segar. 

Q: “Tapi bukankah sedekah di Malaysia lebih afdal berbanding di luar negara?”

A: Ya, tidak dapat disangkal bahawa memang lebih afdal untuk berkorban di tempat sendiri namun disebabkan harga lembu Malaysia yang mahal, ianya boleh membantutkan niat sesorang untuk berkorban. 

Oleh itu Iman Care membuka peluang untuk orang ramai berkorban dengan harga yang lebih murah serendah RM350 sahaja. 


PROSES PENYELIAAN KORBAN BERSAMA IMAN CARE

1. Pemilihan Lembu

Lembu akan dipilih sendiri oleh wakil Iman Care di negara yang terlibat dengan pemilihan yang teliti, mengikut syarat yang telah ditetapkan. Lembu pula akan ditukar serta-merta sekiranya tidak mencukupi kriteria yang telah ditetapkan.

2. Proses Penyembelihan

Wakil Iman Care dari Malaysia akan turun ke lapangan dan menyembelih sendiri lembu peserta korban.

3. Proses Melapah & Membungkus

Proses ini dibantu oleh penduduk setempat dan dipantau oleh Imam kawasan tersebut.

4. Proses Agihan Daging Korban

Wakil Iman Care akan mengagihkan daging korban mengikut nama yang telah disenaraikan oleh rakan kerjasama di sana. 


KENAPA PERLU KORBAN/AQIQAH BERSAMA IMAN CARE?

MUDAH

Pendaftaran di atas talian bila-bila masa sahaja, bayaran secara FPX, Kad Debit atau Kad Kredit. 

2 IN 1 (KORBAN+SEDEKAH)

Asbab ibadah korban anda, ribuan asnaf akan dapat merasai keenakan daging segar meskipun setahun sekali. 

MURAH

Serendah RM 350, pasti ramai yang berkemampuan untuk menyertai ibadah korban bersama Iman Care tahun ini.

TELUS

Sijil penyertaan beserta cenderamata akan diberikan sebagai bukti penyempurnaan ibadah korban. 


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hajj, ayat 37 yang bermaksud: 

“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. 

Akhirnya, korban itu hanyalah simbolik di mana Allah swt ingin melihat ketakwaan kita dalam mengorbankan sebahagian dari harta kita untuk dimanfaatkan di jalan Allah swt. 

Rebutlah peluang yang datang hanya setahun sekali ini.

“Duit boleh dicari, namun terlepas peluang berkorban pada tahun ini, belum tentu kita dapat berkorban pada tahun hadapan. Kerana ajal itu boleh datang pada bila-bila masa.”

Q: “Kalau saya tak mampu korban, adakah ada cara lain untuk saya zahirkan kesyukuran saya sempena hari raya AidilAdha?”

A: Pihak Iman Care sedar akan kenaikan harga barang dan kesulitan yang dihadapi oleh sesetengah rakyat Malaysia masa kini. 

Oleh itu, kami membuka pakej Sedekah Daging serendah RM35 khusus buat mereka yang berhajat untuk berkorban tapi tidak mampu.

Besar harapan dengan adanya pakej ini, ianya akan menjadi batu loncatan untuk kita berazam melakukan ibadah korban pada tahun hadapan. Insya Allah. 

**Pendaftaran korban adalah terhad kepada 100 ekor lembu sahaja. Kempen akan ditutup pada 9 Julai 2022. 

Aktiviti Penyembelihan Lembu


1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.