[TABUNG KECEMASAN PASCA BANJIR]
Baki RM200K Diperlukan Segera Untuk Gerak Kerja Pembersihan Kawasan Terjejas

2022 melabuhkan tirai dengan bencana banjir yang amat dahsyat dan menjejaskan hampir 80,000 penduduk di negeri: 

📌 Terengganu
📌 Kelantan
📌 Perak
📌 Pahang
📌 Johor
📌 Sabah
📌 Sarawak

SEKITAR KAWASAN YANG SUDAH SURUT


BANJIR KEMBALI SURUT NAMUN GELOMBANG LEBIH DAHSYAT DIJANGKA BAKAL MELANDA

Alhamdulillah, kebanyakan tempat yang dilanda banjir sudah sepenuhnya surut.

Namun, peringatan MetMalaysia akan gelombang yang lebih dahsyat dijangka akan berlaku wajib diambil serius. 

Sudah semestinya situasi akan lebih parah dan memerlukan kepada misi menyelamat dan bantuan yang segera. 

Kami di Iman Care memandang berat isu ini dan mengambil inisiatif pantas dengan melancarkan Misi Bantuan Banjir untuk membantu mereka yang terkesan.


Alhamdulillah, bantuan bernilai RM100K telah diagihkan buat mangsa yang terjejas. Namun, kami masih memerlukan baki sumbangan sebanyak 200K.

Dana yang disalurkan ini akan digunakan sepenuhnya bagi: 

  • Bantuan makanan dan minuman
  • Bantuan set kebersihan diri
  • Bantuan keperluan bayi & wanita
  • Bantuan keperluan solat
  • Bantuan Pembersihan Kawasan Terjejas

Aktiviti Agihan Sumbangan Terkini

Maka tuan/puan, kami ingin mengajak anda untuk bersama kami bagi membantu mereka yang terjejas dengan bencana banjir ini.

Pasca banjir ini lebih parah keadaannya dari keadaan semasa air sedang naik. 

Ketika ini, perabot rumah yang rosak harus dibuang dan aktiviti pembersihan harus dijalankan serta merta. 

Gerak kerja ini amat memerlukan dana yang banyak untuk dilaksanakan. 

Ayuh kita ambil peluang untuk menutup akhir tahun 2022 dengan amalan kebaikan yang banyak. 

Semoga ianya akan menjadi batu loncatan kepada kita untuk terus istiqamah bersedekah sehingga tahun hadapan insya-Allah. 


BUKTI AGIHAN SUMBANGAN MISI BANJIR YANG LEPAS

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.