Bencana Paling Dahsyat, Pakistan Rayu Bantuan Kita

RM500K Diperlukan Segera Untuk Makanan, Perubatan & Tempat Perlindungan

RAKAN KERJASAMA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan bencana ini sebagai ‘Monsun Steroid’ yang membawa hujan paling lebat dan banjir besar.

Bencana yang amat dahsyat ini telah menenggelami satu pertiga bumi Pakistan & menjadikan sebahagian Wilayah Sindh sebuah tasik selebar 100 kilometer, lapor CNN.

Bencana ini telah mengakibatkan:

33 juta rakyat Pakistan terkesan

650,000 ibu mengandung terkesan

Lebih 1,300 kematian telah dicatatkan 

Lebih 1,500 kecederaan dilaporkan 

Lebih 800,000 haiwan ternakan mati 

2 juta ekar tanaman musnah

Lebih $10 bilion kerugian terpaksa ditanggung

**angka ini semakin bertambah dari hari ke hari

Mayat mangsa banjir terpaksa dibawa mengharungi air untuk dikebumikan

Banjir yang dipercayai berlaku asbab perubahan iklim ini juga telah menyebabkan 3,000 km jalan dan 145 jambatan mengalami kerosakan yang amat teruk.

Kesannya, jalan terputusbantuan sukar disalurkan dan ahli keluarga terpisah.

Lebih malang lagi, mangsa yang dibawa ke khemah perlindungan rata-rata sedang menghidapi penyakit bawaan air seperti cirit-birit, jangkitan kulit & lain-lain. 

Sumber: CNN

Ibu mengandung, warga emas dan kanak-kanak antara golongan yang paling teruk terjejas dengan banjir ini. 

Atas dasar keperihatinan, Iman Care dengan kerjasama NGO Malaysia dan Pakistan iaitu Muslim Care dan Al-Khidmat Foundation Pakistan telah melancarkan kempen EMERGENCY RESPONSE PAKISTAN. 

Sasaran Sebanyak RM500k Diperlukan Segera

Sasaran Sebanyak

RM500,000

Diperlukan Segera

Dana ini akan digunakan untuk bantuan:

✅ Makanan
✅ Ubat-ubatan
✅ Perlindungan tempat tinggal

Insya-Allah, wakil dari Malaysia juga akan turun padang ke Pakistan bagi menghantar bantuan secara langsung buat mangsa yang terjejas. 

Oleh itu, kami ingin mengajak tuan puan bersama kami dalam misi meringankan beban saudara kita di sana.

Saat ini, setiap ringgit yang kita hulurkan amatlah bermakna buat mereka yang kini hanya tinggal sehelai sepinggang. 

Ingatlah tuan puan, hari ini mungkin Pakistan, akan datang boleh jadi negara kita. (Nauzubillahi minzalik, semoga dijauhkan.) 

Terkini: Aktiviti Pengagihan Sedang Dijalankan Oleh Al-Khidmat Foundation Pakistan (Rakan Kerjasama Iman Care)

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Sila isi maklumat di bawah untuk menyumbang ⬇️ 

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.