RM 400K Diperlukan Segera Untuk Membantu Mangsa Gempa Di Turki Dan Syria 

Dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi berskala 7.8 richter yang telah menggegarkan negara Turki dan Syria, bahkan negara Lubnan juga turut merasai kesan tersebut.

Sehingga kini, sudah lebih 3,000 mangsa yang terkorban & puluhan ribu tercedera.

Warga tua, kanak-kanak malah bayi tidak terkecuali menjadi mangsa dalam bencana ini.

Majoritinya adalah saudara seIslam kita.

Angka ini dijangka terus meningkat sepanjang misi mencari & menyelamat dijalankan.

Gempa bumi terkuat selepas hampir 100 tahun ini telah menghancurkan lebih dari 1,000 bangunan terutamanya di kawasan Gaziantep.

Suasana ketika gempa sedang berlaku


” CUACA EKSTRIM: MISI MENYELAMAT BERTAMBAH MENCABAR “

Misi menyelamat menjadi lebih sukar dengan suhu bawah 0 darjah celcius ditambah hujan dan salji yang turun silih berganti.

Mangsa-mangsa terpaksa menahan kesejukan dalam keadaan sehelai sepinggang tanpa pakaian tebal setelah kediaman mereka ranap menyembah bumi.

Atas dasar kemanusiaan, Iman Care melancarkan tabung kecemasan untuk membantu mangsa gempa bumi dengan kadar segera. 

Dana RM400,000 Diperlukan Segera Untuk Dimanfaatkan Sebagai:

  • Bantuan Pek Makanan
  • Bantuan Ubat-Ubatan
  • Bantuan Baju Sejuk & Selimut 
  • Bantuan Keperluan Bayi 

” ADAKAH KITA HANYA SEKADAR MELIHAT ?”

Oleh itu, janganlah kita sekadar hanya menyaksikan saudara seIslam kita ditimpa ujian.

Kita seharusnya menyalurkan kekuatan dan sumbangan kita bagi menyelamatkan dan meringankan beban mereka di sana. 

Seperti mana sabda Nabi SAW di dalam hadis:

Ayuh hulurkan bantuan disamping ambil keberkatan beramal soleh di bulan Rejab yang mulia ini.

Semoga sekecil sumbangan kita ini menjadi asbab Allah masukkan kita ke Syurga. Insya-Allah. 

1 SHARE = 1 PAHALA

“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)

Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.