BANTUAN KHAS PASCA BANJIR
RINGANKAN BEBAN GOLONGAN B40, ASNAF & IBU TUNGGAL YANG TERJEJAS
Ceriakan anak-anak mereka dengan kelengkapan persekolahan yang baru.
KESEDIHAN BELUM BERAKHIR
Banjir yang melanda baru-baru ini, bukan sahaja menenggelamkan rumah dan merosakkan harta benda mangsa banjir.
Bagi golongan B40 dan asnaf, musim tengkujuh ibarat ‘sudah jatuh, ditimpa tangga’ yang melanda setiap tahun.
Ini kerana, kebanyakan mereka bekerja sebagai buruh kampung, petani dan juga nelayan.
(Sumber utusan.com.my)
Sumber pendapatan mereka bergantung kepada upah harian.
Jika bekerja, adalah upah..
Jika tidak bekerja, keluarga mereka terpaksa mencatu makanan & menahan lapar sehingga musim tengkujuh berakhir.
BEBAN KEWANGAN BERTAMBAH
Kesan daripada situasi di atas..
Anak-anak mereka yang akan memulakan sesi persekolahan tahun depan..
Terpaksa memakai kembali pakaian yang lusuh, koyak & kotor akibat kesan air banjir.
(Sumber Akhbar)
Akibat kewangan yang menekan, ibu bapa mereka tidak mampu menggantikan dengan pakaian yang baru.
Kesannya pada emosi anak-anak ini..
Mereka akan rasa kurang berkeyakinan, rendah diri dan semangat untuk belajar juga akan terbantut.
NASIB IBU TUNGGAL YANG ADA ANAK BERSEKOLAH
Bukan itu sahaja, ada ibu tunggal yang kami santuni di bawah kempen Tabung Kebajikan Iman Care..
Menyatakan hasrat dan keperluan khusus untuk menampung keperluan persekolahan anak-anak mereka.
Ada diantara mereka telah kematian suami.
Ada yang mempunyai penyakit, seperti kencing manis, darah tinggi.
Ada juga yang tak mampu bekerja lama kerana masalah kesihatan.
Pelbagai ujian terpaksa mereka tempuhi demi untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah.
IMAN CARE X CINTA GAZA MALAYSIA
Atas dasar itu, Iman Care bekerjasama dengan Cinta Gaza Malaysia, melancarkan Bantuan Khas Pasca Banjir, iaitu Bantuan Persekolahan 2025.
Objektif Kempen:
Ringankan beban kewangan melalui agihan bantuan kelengkapan persekolahan.
Penerima:
10,000 keluarga mangsa yang terjejas daripada golongan B40, asnaf dan ibu tunggal.
ANTARA BENTUK BANTUAN
Bantuan ini meliputi kelengkapan asas persekolahan, iaitu:
- Baju & seluar (pelajar lelaki)
- Baju kurung, kain & tudung (pelajar perempuan)
- Kasut & stokin
- Beg sekolah
- Dan lain-lain, mengikut keperluan penerima..
SASARAN & LOKASI AGIHAN
Buat masa ini, kami fokus untuk menceriakan 10,000 orang pelajar di semenanjung Malaysia sahaja.
Bantuan persekolahan ini akan diagihkan secara berperingkat dan selewat-lewatnya berakhir sebelum penggal persekolahan 2025 bermula pada bulan Februari nanti.
NAK TURUT SERTA MEMBANTU?
Mari suntik semangat pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik ini dengan kelengkapan persekolahan yang baru.
Tak kira sekecil mana pun sumbangan anda, ia cukup besar buat pelajar-pelajar ini.
Mungkin sudah 2-3 tahun mereka pakai baju sekolah yang lama, baru kali ini mereka dapat pakaian yang baru.
Kejar Pahala Dengan Sedekah:
Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(Riwayat Muslim)