Rakyat Palestin Berterusan Diuji

Diserang Tanpa Belas Kasihan, Kini Terpaksa Tempuh Musim Sejuk Beku

(Hanya kita harapan mereka, ayuh bantu walau sekecil RM20!)

📢 Statistik Terkini Syahid & Cedera Di Palestin

Syahid : 14,128 Orang
(Majoriti kanak-kanak diikuti golongan wanita)

Cedera : 33,000 Orang

**1.5 juta kehilangan tempat tinggal
(Setakat 21.11.2023)

UPDATE SEMASA KEADAAN GAZA

Demi mempertahankan tanah air dari jatuh ke tangan tentera Rejim Zi*nis, saudara kita di Palestin terus berjuang sehingga titisan darah terakhir.

Ini Bayangan Keadaan Sebenar Di Palestin:

Antara Kemusnahan Yang Berlaku Di Palestin:

26 hospital dan 55 pusat kesihatan tidak beroperasi
55 ambulan menjadi sasaran pihak musuh
44,000 unit kediaman musnah sepenuhnya
230,000 unit kediaman separa musnah
100 buah ibu pejabat kerajaan musnah
266 buah sekolah terjejas & 66 buah sekolah tidak dapat beroperasi
83 buah masjid musnah sepenuhnya dan 170 buah masjid separa musnah

(Sumber: Rakan NGO Kerjasama Iman Care)

Bukti Kemusnahan Yang Berlaku:

(Slide ke kiri untuk lihat gambar seterusnya)


Ujian Seterusnya:
Palestin Bakal Di Landa Musim Sejuk Ekstrim..

Seakan tiada ruang & tempat yang selamat lagi untuk berlindung.

Rakyat Palestin terus dibedil tanpa belas kasihan.

Malah, hampir setiap hari ada saja tempat perlindungan mereka yang dibom tanpa henti.

Apa yang lebih merisaukan, tak lama lagi Palestin bakal berdepan musim sejuk yang Ekstrim.

Tanpa tempat perlindungan, persediaan hadapi musim sejuk & bekalan makanan yang secukupnya.

Bagaimana mereka mampu bertahan sepanjang musim sejuk ini nanti?

Kami juga dimaklumkan, anggaran suhu akan mula menurun sekitar bulan November & akan terus menurun sehingga -3 celcius menjelang klimaks pada bulan Januari kelak.

Ini Anggaran Aliran
Penurunan Suhu Sejuk Di Palestin


Sekiranya Tiada Yang Peduli,
Rakyat Palestin Berisiko Diserang Penyakit Ini:

❌ Keradangan paru-paru
❌ Frostbite atau radang dingin
❌ Hypothermia (Masalah suhu badan)

Jangan biarkan saudara kita di Palestin terus menderita kerana sedikit pertolongan dari kita besar manfaat buat mereka.


Sebab itulah…
TABUNG KECEMASAN BUAT PALESTIN DIBUKA

Melihat serius akan perkara ini, Iman Care mengambil tindakan pantas dengan menubuhkan Tabung Kecemasan Palestin.

Sasaran Dana Yang Diperlukan:
RM1,000,000

Dana ini akan digunakan untuk bantuan:

✅ Bekalan makanan
✅ Keperluan hospital & ubat-ubatan
✅ Keperluan wanita (pakaian, tuala wanita & Dll)
✅ Keperluan kanak-kanak (Pampers, susu & Dll)
✅ Baik pulih rumah yang rosak
✅ Baik pulih infra pendidikan


Hanya Kita Harapan Palestin
Ayuh, Berganding Bahu Salurkan Keperluan Mereka!

Cara untuk hulurkan bantuan mudah sahaja, anda hanya perlu pilih pakej yang telah disediakan dibawah:


Doakan Palestin Peroleh Kemenangan & Kebebasan!

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat.”
(Hadis riwayat Muslim)

Semoga Allah makbulkan setiap doa kita buat Palestin & Allah hadiahkan ganjaran yang tak terduga buat kita asbab dari infak yang diberikan. Amin YRA.

Terima kasih Malaysia ❤️

Kami amat galakkan tuan/ puan menyumbang secara berterusan memandangkan kesan peperangan kali ini amatlah dahsyat & perlukan dana yang besar.

Melalui sumbangan berterusan tuan/ puan inilah yang akan memastikan saudara kita di Palestin dapat bangkit semula selepas peperang tamat.

Bagaimana Cara Untuk Sertai?

1. Pilih jumlah yang ingin disedekahkan.
2. Pilih mahu bantu secara mingguan ataupun bulanan
3. Pemotongan dibuat sehingga 31 Disember
4. Masukkan butiran kad untuk didaftarkan.

*Pemotongan berterusan ini boleh dimatikan pada bila-bila masa. Tuan / Cik Puan akan menerima emel panduan untuk menamatkan pemotongan.

Soalan Lazim

Pemotongan akan berlaku serta merta bermula hari ini.

Tuan/puan boleh menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit. Kedua-duanya dibolehkan.

Kami menggunakan syarikat pembayaran online ‘STRIPE’ yang terbukti selamat seluruh dunia. Antara syarikat besar yang menggunakan: FashionValet, EasyStore, SoCar, Tesla, Onpay dan banyak lagi.

Ia bergantung kepada kekerapan yang tuan/puan pilih; harian, mingguan atau bulanan.

Jika tuan/puan pilih harian dengan jumlah RM5, maka bermula hari ini kad kredit/debit akan mula dipotong.

Ya, tuan/puan boleh hentikan sendiri secara sementara atau berhenti terus.

Selepas bayaran langganan kali pertama disahkan, kami akan hantar emel / Whatsapp beserta link akses ke dashboard penderma.

Cara untuk henti langganan sementara:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Off’ pada ‘Auto Renew’ untuk henti sementara
  4. Boleh klik ‘On’ untuk sambung langganan semula

Cara untuk henti langganan terus:

  1. Klik link akses ke Dashboard Penderma
  2. Pilih ‘Recurring Donations / Contribution’
  3. Boleh klik ‘Cancel’ untuk henti terus langganan
  4. Selesai

Ya, boleh. Boleh maklumkan kepada kami melalui emel atau Whatsapp yang tuan/puan terima setelah sumbangan pertama dibuat.

Selepas pembayaran pertama dibuat, tuan/puan akan terima emel & Whatsapp untuk akses ke dashboard penderma semula bila-bila masa.

Sekiranya ada sebarang soalan, boleh hubungi tim kami di Whatsapp +601110693390 (Admin Iman Care)

Iman Care sangat menghormati privasi anda.

Sekiranya anda tidak mahu menerima sebarang notifikasi dalam bentuk SMS daripada kami, sila klik link di bawah untuk unsubscribe.