MISI RAMADAN : Perjuangan Kita Bersama Mendirikan Madrasah Ini !
(Ayuh, wakaf lancarkan proses pembinaan masjid & pondok warga tua hari ini)
***(Disclaimer: Bagi yang berwakaf RM100 dan ke atas Iman Care akan sediakan sijil wakaf yang akan dipos secara terus ke rumah anda)
Ini Usaha Ust Mad Demi Pembinaan Madrasah Darul Zaraa
Jarang kita nampak madrasah ada perancangan ekonomi sendiri untuk tampung perbelanjaan harian dan kos operasi.
Itulah usaha yang dilakukan oleh Ust Mad ketika ini.
Antara usaha yang dilakukan oleh Ust Mad adalah:
✅ Bela itik
✅ Bela arnab
✅ Tanam tembikai
✅ Tanam nenas
✅ Bina projek kolam ikan sangkar
Namun disebabkan kos pembinaan masjid & pondok warga emas agak tinggi. Pihak Ust Mad perlukan sokongan dari anda semua Rakyat Malaysia.
“Kenapa lama sangat pembinaan madrasah ini Ustaz Mad?”
Jom tonton pencerahan dari Ustaz Mad mengenai soalan-soalan anda
RECAP FASA 1: Alhamdulillah, dana sebanyak RM1.7 Juta telah berjaya dikumpulkan bagi pembinaan Fasa 1 Pusat Pendidikan Islam & Kebajikan Darul Zahraa, Hulu Terengganu.
Hasil kutipan dana ini telah dimanfaatkan sepenuhnya bagi pembinaan:
- 5 Buah Kelas Pengajian
- Pejabat Pengurusan
- Bilik Mesyuarat
- Dewan Kuliah
- Surau
- Asrama Pelajar Tahfiz
Ianya sekaligus dapat memudahkan urusan pelajar tahfiz dan pihak operasi madrasah untuk mendapatkan kemudahan prasarana secara percuma.
Namun begitu, projek pembinaan ini masih belum lengkap sepenuhnya dan masih perlukan sumbangan orang ramai agar lebih banyak prasarana dapat dilengkapkan secepat mungkin.
Pembinaan Fasa 2 Sudah Bermula
Demi memastikan kelangsungan perancangan pembinaan madrasah ini, kini projek Fasa 2 telah dilancarkan.
Di mana, fasa ini merangkumi pembinaan kompleks masjid serta 70 unit pondok penginapan warga emas bagi menampung anggaran seramai 100 warga emas.
Untuk makluman tuan/puan, kebanyakan warga emas yang bakal mendiami pondok ini adalah daripada penduduk kawasan sekitar madrasah.
Di sini, mereka dapat belajar pengajian agama dan kitab seperti Aqidah, Feqah, Tasawwuf, Al-Quran dll.
Tambahan, pembinaan kompleks masjid ini juga akan dilengkapi dengan prasarana bagi memudahkan kegunaan para pelajar dan masyarakat sekitarnya, seperti:
Bilik Kuliah
Perpustakaan
Dewan Seminar
Pusat Bahasa
- Bilik Kuliah
- Bilik Hafazan
- Dewan Seminar
- Perpustakaan
- Pusat Bahasa
UPDATE PEMBINAAN SEHINGGA FEBRUARI 2023
Kerja Pembinaan Kompleks Masjid
Proses meratakan tanah tapak masjid mengambil masa lebih lama kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.
Kerja Pembinaan Kompleks Warga Emas
34 unit pondok sudah siap dibina & hanya tinggal 46 buah pondok saja lagi sedang diusahakan
Bayangkan, bila madrasah ini sudah mula beroperasi.
Setiap kali anak-anak tahfiz & warga emas ini mengaji, menghafal Al Quran dan Hadis, buat aktiviti ibadah di bangunan ini.
Semua pahala mereka asbab dana wakaf ini, anda juga akan dapat secara berterusan walaupun kita telah meninggal dunia.
BERAPA YANG DIPERLUKAN?
Oleh itu, bagi menggerakkan fasa kedua pembinaan ini, sejumlah RM300K diperlukan setiap bulan bagi menampung kos untuk:
- Pembinaan Pondok Warga Emas
- Pembinaan Kompleks Masjid
- Lain-lain Kos Operasi
MISI BINA RUMAH DI SYURGA
Tuan/puan boleh memilih pakej sumbangan di bawah:
Kenapa Kita Disarankan Untuk Selalu Berwakaf?
✅ Pahala yang berkekalan & berterusan
Ketahuilah, selagi wakaf yang diberi bermanfaat pada penerimanya. Selagi itu, ganjaran pahala akan terus mengalir.
✅ Memberi manfaat jangka panjang
Asbab wakaf yang anda beri walaupun nilainya sedikit, akan memberi impak jangka panjang pada penerima.
✅ Memperkuatkan hubungan dengan Allah
Amalan yang sangat dituntut dalam Islam, dan dapat bantu kuatkan hubungan dengan Allah SWT.
Oleh itu, Ustaz Mad nak sarankan anda laksanakan wakaf pada hari ini.
Di mana, wakaf tersebut boleh diniatkan untuk :
❤️ Ibu & Ayah
❤️ Isteri
❤️ Anak
❤️ sahabat handai
Insya-Allah, asbab wakaf yang dibuat pasti Allah balas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Amin YRA.
1 SHARE = 1 PAHALA
“Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka..” (HR Muslim)
Kami doakan tuan puan sebarkan kebaikan ini, diberi ganjaran pahala yang sama seperti mereka yang infaqkan harta untuk jayakan kempen ini. Amin.