Pecutan 10 Hari Terakhir Ramadan – Projek Wakaf Quran Ramadan Masih Dibuka!

Hanya RM30/nama. Boleh niatkan wakaf untuk diri sendiri, ibu bapa, pasangan @ insan istimewa sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia. Wakaf sekarang sebelum slot penuh.

“Mungkin kita tak mampu nak hafal 30 juz Al Quran, tapi kita mampu nak beri RM30 untuk orang yang boleh hafal Al Quran”

~ Mat Dan, Pengacara & Selebriti TV

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain”

HR Muslim: 2009

BETAPA ISTIMEWANYA 10 MALAM TERAKHIR INI

Ini kerana di dalamnya, ada 1 malam yang lebih baik dari 1000 bulan (83 tahun). Ia adalah malam al-qadr @ Lailatur Qadar.

Dimana setiap ibadah digandakan ‘seolah’ kita beramal setiap hari selama 83 tahun.

Allahu besar sungguh ganjaran yang Allah SWT sediakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Rugi kalau kita tak rebut peluang keemasan ini.

Memandangkan Ramadan pun dah nak berakhir..

Pihak Iman Care ingin mengajak anda supaya tak terlepas melakukan ibadah wakaf Al Quran.

Bayangkan saat seorang pelajar tahfiz yang hafal/baca Quran asbab hasil wakaf kita, agaknya berapa banyak pahala yang kita dapat?

Masyaallah, inilah kelebihan wakaf. Buat sekali, namun kebaikan yang diperolehi berterusan walaupun kita meninggal dunia. 

Berapa Sasaran Ramadan Ini?

Sasaran sebanyak 150,000 naskhah AL Quran berjaya dicapai sepanjang Ramadan ini.

Naskhah Al Quran akan diberikan kepada:

  • Pelajar-pelajar Tahfiz
  • Golongan asnaf
  • Masjid, Surau, Sekolah, Madrasah
  • Kampung pendalaman.​

Bukan sahaja di dalam Malaysia, Iman Care akan salurkan juga ke luar negara:

  • Indonesia
  • Thailand
  • Kemboja
  • Turki
  • Sudan

Ini antara bukti edaran Al Quran sebelum ini.

Bagaimana Proses Wakaf Al Quran Diuruskan?

Tonton video di bawah.

JOM REBUT GANJARAN WAKAF TERUTAMANYA DALAM BULAN RAMADAN INI

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hadid, ayat 18:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” 

Kita boleh berwakaf atas nama diri sendiri, ibu bapa, pasangan, anak-anak, ahli keluarga tidak kira mereka masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

Ayuh bersama kami cukupkan sasaran wakaf Quran Ramadan. Hanya RM30 saja daftar untuk satu nama, satu wakaf Quran.

Bagaimana Cara Untuk Anda Wakaf?

Anda boleh pilih pakej wakaf Quran di bawah & isi butiran yang diperlukan. 

  • Wakaf 10 nama = RM300​
  • Wakaf 5 nama = RM150​
  • Wakaf 3 nama = RM90​
  • Wakaf 2 nama = RM60​
  • Wakaf 1 nama = RM30​

Jika ada ada rezeki lebih, boleh pilih minimum ‘5 nama‘ ya. Ia amat membantu kami cepat capai sasaran & kurangkan kos edaran Al Quran Ramadan ini.

Semoga Allah SWT terima amal wakaf kita semua.

[wc_woo_donation id=”195632″]